Assalamualaikum kalian semua disana,hari ini saya Mohd Izwan terpanggil untuk menulis lagi,mungkin ini adalah warkah terakhir siapa yang tahu?.Hanya Allah S.W.T yg berhak atas segala kemahuan-Nya,kenapa hari ini nadaku seakan sedih dan insaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan terhadap Penciptaku dan juga Penciptamu jua.aku telah banyak kali berjanji akan bertaubat nasuha tetapi dimana dan kemana hilang semua janji-janjimu itu Mohd Izwan?..selamilah hatimu dan carilah kemana hilangnya janji itu,teruskan mencari dan mencari,aku juga terbayang dosa-dosa lampau dan dosa-dosa latest yg telah aku lakukan terhadap kedua ibu bapa,ahli keluargaku,orang-orang tersayang dalam hidupku,sahabat-sahabat handai,dan seluruh umat manusia yang pernah aku temui mereka sama ada dalam keadaan dirancang ataupun tidak.Seminggu yang lepas lagi,apabila aku terjaga dari tidor aku terfikir dan sangat bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana masih memberikan aku peluang untuk memperbaiki diriku serta memperbanyakkan amal ibadat sebelum aku melangkah pergi bertemuMu Ya Allah,tetapi layakkah aku berjumpa denganMu Ya Allah?.layakkah aku berhadapan denganMu wahai Pencipta.semestinya tidak layak lansung bagiku bertemuMu saat ini.Jikalau Allah telah menetapkan aku kembali kepadaNya hari ini maka binasalah aku disana kelak,dosa masih bertimbun ditambah pula dosa-dosa hari ini,Ya Allah tak terhitung kurasakan.Masya'allah.macam mana ni?Taktala Malaikat Maut mencabut nyawaku.Ya Allah sentapannya tidak dapat diduga bagaimana keperitan,sedangkan Rasulullah mengatakan ianya teramat sakit,bagaimana dengan aku yang sehina-hina manusia jika dibandingkan dengan semulia-mulia Rasulullah.Taktala Malaikat Munkar dan Nakir menyoal di dalam kubur apa yang aku nak jawab?..adakah aku sudah bersedia sebagaimana aku bersedia menghadapi final exam?.hanya amalku yang menetukan aku mendapat 4.0 ataupun tidak.adakah aku mahu berdiam diri sahaja apabila disoal?meninggalkan tempat-tempat kosong tanpa jawapan.alamatnya faillah aku.Adakah aku bakal diseksa dengan ular panjangnya sejauh mata memandang dan juga berkuku besi,setelah dibenam kedalam tanah kemudian kembali ketempat asal,diseksa lagi dan lagi.Masya'allah apa akan terjadi padaku ini.Jadi sebelum aku tidak menulis lagi di laman ini,izin aku meminta maaf atas segala kesalahan yang telah aku lakukan terhadap anda semua wahai saudara SeIslamku.Terutama sekali Abdul Kadir Bin Mat serta Siti Mariam Bt Md.Noor,merangkap kedua Ibu Bapaku.Halalkan makan minum,wang,jasa dan pengorbanan,bantuan Kalian saya hagai sebaik mungkin,kepada ahli keluarga yang menyerikan hari-hariku ini,yang mengisi hari-hariku ini dengan kisah suka dan duka.kepada Sahabat-sahabat handai,terutama sekali Muhammad Asyraf Bin Azni,maafkan kata-kataku ketika menulis semalam,diharapkan dirimu memaafkan aku yang terkadang tidak sempurna dari segi emosi.terlebih marah terlebih kurang ajar,terlebih biadap,aku terima semua itu kerana itu memang kesalahan aku.Maafkan aku Acap.kepada sahabat-sahabat yang lain pon Afiqah Azmi(terima kasih kerana membimbingku ketika di sekolah dulu,aishiteru Afiqah)Afif Bee,Razil Tahir,Zayyed Elvan aku harapkan kalian juga memaafkan kesalahanku.aku menyesal dengan perbuatan-perbuatan lampauku.bimbingilah daku menuju kejalanNya wahai sahabat.Kepada semua umat Islam di dunia marilah kita perbetulkan diri,bersihkan hati kita dengan mendekatkan diri kepadaNya,biarlah hanya dimulut lambat laun perasaan itu akan muncul jua.setidak-tidaknya tanamkan niat kita.
P/S:
Di kala ku sunyi
dibuai rindu pada kamu
ku kenangi keikhlasan
dari jiwa untuk ku teruskan
oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku
di kala hati ku
dibadai sendu ku tercari
sinar itu dimatamu yang menyerikan hariku
tanpa kamu teman ku tiada kekuatan
oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku
betapa hidup berubah setelah sekian lama
payah bertukar jadi bahagia
oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku
oh pengorbanan tanpa keluhan
ku hargai ke akhir hayatku ini
kau teristimewa anugerah hidup palingku abadi
ini lah inspirasi bagiku
inilah inspirasi..
bagiku..
lagu last tue spoil abez....
ReplyDeleteAmin... Allah sentiasa memaafkan dan menerima taubat dari hamba-hambanya.. InsyaAllah.. ^^
ReplyDeleteTo Razil Tahir:owh lagu last tuh aku dedicated khas for my parents.they secrifice alot to me loh.
ReplyDeleteto Hanis Hactive:Insya'allah dan amin,semoga Maha Pencipta Menerima taubat-taubat kita.
kenape afiqah azmi je? heee
ReplyDelete